Tentang Cordyceps

File:Puppenkernkeule.jpg


Apa itu Cordyceps ???

Cordyceps sinesis ialah sejenis fungus atau cendawan yang tumbuh subur di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian melebihi 3500 meter dari paras laut. Ia banyak di perolehi di pergunungan China, Tibet, Nepasl dan Himalaya.
Cordyceps sineses di kategorikan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai tinggi dalam perubatan tradisional China dan sains perubatan moden.

Cacing@Ulat Musim Sejuk, Rumput Musim Panas

Cordyceps juga dikenali sebagai cendawan ulat bulu. Dalam masyarakat China, ia dipanggil DongChongXiaCao yang bermaksud 'Musim sejuk ulat, musim panas rumput'
Semasa musim sejuk, spora Cordyceps memasuki badan larva dan memperolehi makanan daripada badan larva itu sehingga larva akan mati.
Semasa musim panas, cendawan akan tumbuh dari badan larva tersebut. Tinggi antara 3cm-10cm. Cendawan ini dinamakan Cordyceps.

SEJARAH CORDYCEPS

Penggunaan Cordyceps dalam perubatan China mula direkodkan dalam "Ben-Cao-Cong-Xin" (New Compilation of Materia Medica) oleh Wu-Yiluo semasa Dinasti Qing.
Orang China menggunakan Cordyceps sejak 3000 tahun lalu untuk merawat masalah paru-paru, hati, jantung dan penyakit buah pinggang, merawat barah, melegakan sakit, dan meningkatkan kesihatan dan panjang usia.
Cordyceps dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk menguatkan badan, mati pucuk, kelesuan akibat penyakit dan sakit badan.

PENANAMAN CORDYCEPS

1980:
Menggunakan kaedah penapaian (pemerapan) cecair. Ia dipasarkan dalam bentuk kapsul, wain atau minuman biasa.

1990:
Saintis Jepun dan Korea menggunakan puma ulat sutera sebagai asas penanaman stroma (fruit body) cordyceps.

Perkembangan Terkini :
Saintis telah berjaya menjadikan penanaman stroma berasaskan kepada perantaraan organik. Ini adalah penanaman tercanggih Cordyceps dengan menggunakan kaedah teknologi pada tertinggi. Hanya sedikit benih yang berkualiti dicambah menjadi stroma. Malah elemen yang paling efektif dan kuat hanya terkandung di dalam stroma.




Asia Herbal Biotech Cordyceps Stroma

Penyelidikan peringkat antarabangsa yang telah dipatenkan oleh Yangtze Delta Region Institute of Tsinghua Unversity, China (No. Paten : WO2005/058022A1) Mengandungi Asid Amino, Vitamin serta kaya dengan polisakarida, asid-cordycepic (D-Mannitol), Adenosine dan Adenine. 100% bebas daripada pewarna tiruan, perasa, racun perosak dan ramuan tiruan. Penanaman bioteknologi terunggul dalam suasana terkawal dan nutrien organik yang unik dalam pembentukkan stroma. 30 kali ganda lebih nutrien berbanding Cordyseps liar mengikut gred kriteria perubatan.


SEBATIAN AKTIF CORDYCEPS

1. Protiens, peptides, semua asid amino dan polyamines.
2. Saccharides
3. Sterois - ergosrerol, Delta-3 ergosterol, ergosterol peroxide, / 3-sotisrerol, daucosterol dan campasterol.
4. 11 kompaun nukleoside.
5. Asid lemak perlu dan asid organik.
6. Vitamin - vitamin Bi, B2, B12, E dan K.
7. Mineral - K, Na, Ca, Mg, Fe, Cu, Mn, Zn, Pi, Se, Al, Si, Ni, Sr, Ti, Cr, Ga.


CORDYCEPS & KEBAIKKANNYA


CORDYCEPS & PARAS KOLESTROL DARAH
 Asid lemak politak tepu dalam cordyceps mengurangkan paras LDL (kolestrol tidak baik) untuk menghalang pembentukkan plak kolestrol dan mencegah saluran darah tersumbat.
Cordyceps juga melancarkan edaran darah dan menguatkan struktur salur darah. Ini penting dalam pencegahan tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung

CORDYCEPS MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
Cordyceps mengatur irama jantung, menguatkan otot jantung dan mengawal aliran darah ke jantung dan daripada jantung. Cordyceps juga mengawal keseimbangan paras kolestrol dan menghalang pembentukkan plak kolestrol yang menjadi punca penyakit jantung.

CORDYCEPS & SISTEM PERNAFASAN
 Batuk, bronkitis, resdung, asma dan selsema adalah masalah sistem pernafasan yang biasa dihadapi hari ini. Cordyceps telah digunakan untuk merawat masalah tersebut dengan mencairkan kahak, melegakan keringkong dan dada. Ia juga membantu menguatkan paru-paru dan melindungi udara dalam paru-paru.

CORDYCEPS DAN FUNGSI BUAH PINGGANG
 Cordyceps meningkatkan paras 17-hidroksi-kortikosteroid dan 17-ketosteroid yang membantu menjaga fungsi buah pinggang. Ia juga bertindak membersihkan darah dan membantu penyingkiran toksn dalam badan.

CORDYCEPS & KESIHATAN SEKSUAL
 Cordyceps meningkatkan hormon lelaki & mengembalikan keremajaan daya seksual. Cordyceps membantu mencegah masalah kegagalan ereksi dan meningkatkan kelancaran edaran darah terutama bahagian pelviks.
Cordyceps meningkatkan daya seksual, meningkatkan kualiti hayat lelaki & perempuan, mencegah kemandulan, meningkatkan bilangan sperm dan menambah kesuburan.

CORDYCEPS MEMULIHKAN KELETIHAN
 Cordyceps meningkatkan paras adrenalin dan meningkatkan ATP-adenosin trifostat iaitu molekul bertenaga tinggi dalam sel-sel badan. Oleh itu Cordyceps menjana tenaga dan cepat memulihkan badan dari keletihan.

CORDYCEPS & BARAH/KANSER
 Cordyceps mempunyai ciri anti oksidan yang kuat. Ia meningkatkan imuniti menentang pembentukkan sel barah, menghalang pembentukkan nitrosamine (penyebab barah) dan mencegah pembentukkan radika bebas penyebab barah.

CORDYCEPS MENGUATKAN MINDA
 Asid glutamik, tirosin dan L-triptofan dalam Cordyceps mempunyai kesan penenang semulajadi. Ia juga merencatkan pembentukan monoamine oksidase dalam otak. Oleh itu Cordyceps sesuai digunakan sebagai tonik penguat memori dan prestadi minda.